loader
image

PERHIMPUNAN SKUAD ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2024

Perhimpunan SKUAD Antidadah Peringkat Kebangsaan baru-baru ini telah diadakan di USIMA Forest Resort, Air Keroh, Melaka dengan melibatkan barisan Ahli Jawatankuasa SKUAD Antidadah Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa SKUAD Antidadah Negeri dan Pengerusi & Wakil SKUAD Antidadah Daerah daripada seluruh Negara.

Tahniah kepada semua Skuad Antidadah dari seluruh Negara kerana dapat hadir dan berhimpun serta berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran masing-masing.

SKUAD Antidadah Pulau Pinang telah berjaya menghantar 5 orang peserta mewakili lima (5) SKUAD Antidadah Daerah yang terdapat di Negeri Pulau Pinang.

Perhimpunan kali ini turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Yahya Bin Haji Mat Sahri, Setiausaha Politik (SUPOL) Menteri Dalam Negeri, YBrs. Tuan Khairul Anwar Bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Tuan Zainudin Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan dan Sdra. Mohamd Afiq Farhan Mohd Hanipa, Presiden SKUAD Antidadah Kebangsaan.

Related News


No Related NewsFound!